PERANAN DAN CABARAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID-MURID MASALAH PENDENGARAN DALAM ABAD KE 21

  • Zetty Nurzuliana Rashed Dr
Keywords: Keywords: Personal developing students, Special education teachers, Students with hearing impairment

Abstract

ABSTRACT

 

This article in a paper concept that discusses the roles and challenges faced by special education teachers in educating and personal developing students with hearing impairment. This is consistent with the aspiration of the Tranformasi Nasional 2050 (TN50) also focuses on student personal development to the future nation’s progress. In terms of student development, academic excellence in not the only main aims, but students must be educated hoslisticly to produce Malaysian citizens who are responsible; knowledgable; have honourable manners,   and be able to achieve personal well being. Therefore, students with hearing impairments require special education system to suit their different necessities.  Special education teachers should prepare themselves with various knowledge, expertise and skills to acomplish the national aspiration.  In addition, cooperation, collaboration and support from parent, school management, medical expert and community are significantly required.

 

Keywords: Personal developing students, Special education teachers, Students with hearing impairment

 

ABSTRAK

 

Artikel ini merupakan kertas konsep yang akan membincangkan mengenai peranan dan cabaran guru-guru Pendidikan Khas dalam membentuk kemenjadian murid-murid masalah pendengaran. Ia selaras dengan kehendak Tranformasi Nasional 2050 (TN50) yang memberi fokus untuk melahirkan kemenjadian murid sebagai salah satu aspirasi untuk memacu negara di masa akan datang.  Dalam membentuk kemenjadian murid, pencapaian akademik yang cemerlang bukanlah merupakan fokus utama tetapi murid perlu dididik secara holistik untuk melahirkan warga negara Malaysia yang bertanggungjawab, berpengetahuan, berakhlak dan mampu mencapai kesejahteraan diri. Dalam aspek ini murid-murid masalah pendengaran memerlukan pendidikan yang sesuai  mengikut tahap kemampuan mereka.  Justeru guru-guru Pendidikan Khas perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan, kepakaran dan kemahiran untuk mencapai aspirasi negara. Selain itu, kerjasama, kolaborasi dan sokongan daripada ibu bapa, pentadbir sekolah, pakar perubatan dan masyarakat amat diperlukan.

 

Kata Kunci: Kemenjadian murid, Guru Pendidikan Khas, Murid-murid masalah pendengaran

 

 

 

 

 

Published
2018-06-01
Section
Articles